akhirnya, masa kami di Hatyai sudah pun habis, dan hari ni kami akan pulang ke Malaysia. Kami check out lewat sikit, hampir pukul 1 baru kami keluar hotel, tapi kat sana okey je kalau lewat sikit. Kalau di Malaysia jangan harap la, sekejap je dah kena ketuk pintu.. hehehe.
kami check out jam 1 tengah hari. ada masa lagi 3 jam sementara menunggu waktu kami naik train jam 4 petang. jadi kami pun ambil kesempatan untuk jalan-jalan di bandar hatyai. cuma 10 minit berjalan kaki. tak jauh dari hotel semasa kami mulakan perjalanan, ada kedai makan muslim, memang Ah Meng dah tunjuk semalam kedai makan halal untuk kami makan. jadi kami pun singgah untuk isi perut dulu. kami makan lauk campur juga macam di songkhla.. dan alhamdulillah, kami puas hati dan memang sedap! harga pulak okey la.. kami makan nasi putih dengan lauk campur, dan milo ais 2. semuanya 180 Baht (RM 18).
selesai isi perut, kami pun start jalan ke tengah bandar, tempat shopping paling heaven untuk wanita.. hehehe. kalau pandai tawar dapatlah harga murah. dapatlah kami beli key chain, beg kecik, baju sehelai dan kacang. kat sana, kena la pandai tawar dan survey betul-betul.. sebab ada je kedai yang memang langsung tak nak bagi kurang harga, tapi bile pergi tempat lain dapat harga jauh lebih murah. oh ye, sepanjang kami jalan tu, kami nampak la beberapa hotel yang memang dekat dengan bandar tu.. antaranya Kosit Hotel dan Tune Hotel. Jadi kalau anda nak pergi, boleh la stay di hotel yang dekat dengan bandar, jadi senanglah nak shopping! :)
jam pun da pukul 3 masa tu, kami tak larat dah nak jalan sebenarnya, sebab pikul beg yang agak berat. jadi kami pun decide untuk terus pergi ke stesen keretapi dan duduk di sana sementara tunggu pukul 4. kami pun jalan kaki ke sana, ikut arah yang Ah Meng dah tunjuk semalam. tapi sebenarnya tak susah, once da ikut arah yang Ah Meng tunjuk, ada signboard yang guide kami untuk ke railway station. sampai je di stesen keretapi, kami pun terus duduk dibangku yang disediakan, sebab penat jugak la jalan bawak beg.. kami plan masa tu, nak duduk kejap lepas lelah, then baru tanya orang cari tempat untuk ke tempat train ktmb tu, sebab kat situ banyak sangat train berlapis-lapis dan orang pun selamba je lalu atas railway tu.
kami pun rehat-rehat kat situ, dan tepat pukul 4 petang train tu pun bergerak ke KL Sentral. Train dijangka sampai jam 5.40 pagi. jadi lebih kurang waktu tu la, kami pun sampai di KL Sentral, dan dari KL Sentral tu, kami pun sambung lagi honeymoon kami di KL pulak.. hehehe..
saya akan buat kesimpulan sepenuhnya perjalanan kami di entry yang akan datang, part 6.
2 comments:
p/s: sebelum tanya apa2 soalan mintak tlg baca dulu entry blog sy dr entry pertama sampai habis. semua maklumat kt situ. kalau dah baca betul2 dan faham insyaAllah akan fhm dn tak kan tanya soalan yg sy da cerita kt blog.
Perlu ke kita book tarikh pernikahan kita in advance? Atau kita boleh pergi ke pejabat terus di hari yang kita nak nikah dan terus daftar dan nikah di hari tersebut?
Post a Comment