Wednesday 4 May 2016

Pesanan Sebelum Bertanya

Assalamualaikum,

Saya nak pesan, bagi tahu, nasihat dan peringatan.

Sebelum email saya untuk tanya soalan atau minta pendapat, saya minta sangat-sangat supaya pembaca semua membaca dulu entry dalam blog saya ni dari awal sampai habis. baca dan faham betul-betul. kalau rasa tak faham, print out, dan take note apa point penting. contoh bernikah di mana, beli tiket di mana, bagaimana, bayaran dan lain-lain proses penting. ini untuk mengelakkan anda bertanya soalan yang saya dah terangkan dalam blog.

selain itu, anda juga perlu lah mengelakkan diri dari tanya saya soalan yang tiada kaitan dengan saya dan sebetulnya anda boleh google sendiri. sebagai contoh,

1. macam mana nak buat passport? berapa bayaran passport?
2. apa family planning puan? apa cara puan buat untuk tak mengandung
3. pejabat agama songkhla tutup pukul berapa?

dan banyak lagi soalan-soalan yang saya tak tahu, tapi di tanya pada saya. anda boleh GOOGLE ye.

dan lagi satu tentang contact no ah meng/ustaz ismail, sy da letak dalam entry blog . kalau tengok blog dn baca betul-betul mesti dah tahu dan tak perlu email saya.

saya minta maaf kalau saya ada tak reply email anda. kalau saya tak reply maknanya anda tanya soalan yang saya dah bagitahu dalam blog. jadi sy xperlu ulang lagi.

dan tak perlu minta saya contact melalui whatsapp, apa-apa soalan hanya melalui email.

email: ainulmardhiah351@gmail.com

Tuesday 26 January 2016

FEEDBACK

Assalamualaikum,

di sini saya attached screenshot feedback sahabat-sahabat kita yang lain yang telah selamat bernikah dn berurusan di sana selepas membaca blog ini.




untuk sebarang pertanyaan, feel free to email me, ainulmardhiah351@gmail.com 

contact person utk berurusan di hatyai:

Ah Meng - +66894668841

Ustaz Ismail - +66872888963

Saturday 20 September 2014

[PART 6] FINAL PART - KESIMPULAN

Assalamualaikum..

seperti saya katakan dalam entry lepas, kali ni saya akan conclude perjalanan saya untuk lebih mudah pembaca fahami.


pertama sekali, ingin saya katakan di sini, membuat keputusan untuk bernikah bukan lah satu perkara yang mudah. ia melibatkan diri anda sendiri, pasangan, kedua belah ibu bapa, dan seluruh ahli keluarga. sebelum membuat keputusan, pastikan orang yang anda nak nikahi itu, betul-betul anda rasa sudah yakin dan cukup bersedia untuk menjadi suami atau isteri. Pastikan anda dan pasangan cukup bersedia dan tahu tentang tanggungjawab anda selepas bernikah. pernikahan bukan sekadar untuk melepaskan fitrah nafsu, tapi ia nya lebih kepada soal tanggungjawab yang perlu dipikul pada masa akan datang. kalau anda masih tidak pasti, tanya pada Allah, dan minta keyakinan itu dari Allah. buat solat istikharah, dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan beri keyakinan dalam hati anda dan pasangan jika keputusan yang anda ingin lakukan itu betul dan diredhai Allah.


kedua, pastikan sebelum anda buat keputusan untuk nikah di thailand, anda sudah berbincang dahulu dan meminta izin dengan keluarga untuk bernikah secara normal di Malaysia, tak kira lah nikah gantung/khitbah - bahasa arab 
atau nikah buat majlis macam biasa. tapi pastikan anda tanya dulu. kalau lepas berbincang, dan cubaan memujuk tidak berjaya, baru lah keputusan untuk bernikah di thailand, menjadi jalan terakhir. seperti kebanyakkan ramai orang yang saya baca pengalaman nya, rata-ratanya yang nikah di sana ialah student, yang mana kita tau, ramai pasangan yang bertemu jodoh ketika di IPT, tapi bila nak nikah parents tak bagi pulak, mereka suruh habiskan belajar dulu, kumpul duit baru kahwin, nak nikah gantung pun tak bagi. jadi rata-ratanya memilih jalan untuk bernikah rahsia dahulu di thailand, dan tidak daftarkan di Malaysia, dan bila tiba masa nya, kahwin lagi sekali macam biasa di hadapan semua ahli keluarga pula. 

info nikah khitbah : 

Nikah Gantung bermaksud pernikahan diantara pasangan pengantin yang tidak duduk serumah dalam satu - satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua - dua belah pihak . Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan . 
more info >> http://farah-shahirah.blogspot.com/2013/09/hukum-nikah-gantung-uai.html

Pernikahan kali kedua tu tak sah dalam Islam, sebab yang sah dalam Islam adalah pernikahan pertama anda di songkhla. Tapi pernikahan kali kedua di Malaysia hanyalah untuk mencukupkan syarat undang-undang di Malaysia dan memudahkan anda untuk mendaftarkan perkahwinan.

ketiga, tentang budget. tentang kos ni depends pada anda la. tapi biasanya student ni tak ada duit sangat kan, jadi di sini saya list kan anggaran kos kami sepanjang perjalan kami ke sana pergi dan balik.




  • Tiket train 2 orang (pergi dan balik) KL Sentral - Hatyai - KL Sentral = RM 216 - Katil atas
  • Makan =  RM 100 
  • Ah Meng = RM 800 

          Termasuk:

          * Nikah di pejabat agama Islam Songkhla =  RM 450
          * Konsulat Malaysia = RM 50
          * Hotel di Songkhla = RM 50 
          * Tuk-tuk & Upah Ah Meng = RM 250 
             Hatyai - Pejabat Agama Islam Songkhla - Konsulat - Hotel - Konsulat - Hatyai 


  • Hotel Lee Garden di Hatyai = RM 59.90
  • Cenderahati = RM 50 
TOTAL = RM 1,226.00

see.. budget kami pada awal nya RM 1,400. tapi kami ada balance lagi, boleh buat makan-makan dalam train dan beli cenderahati banyak sikit.. 

sebelum tu saya nak ingatkan, tukar duit di masa di hatyai, sebab pengalaman kami tukar duit di KL Sentral sangat rugi, masa tu kami tukar sebelum gerak, kami tukar RM 1100 duit Malaysia, dan kami cuma dapat 10 080 Baht sahaja. Bermakna, kami dapat RM 1080 sahaja, pengurup ambil RM 20! banyak tu.. masa balik kami tukar duit balance Baht kami dengan mak cik yang ada dalam train dari hatyai ke padang besar, mak cik tu pakai tudung, dan dia cleaner gerabak ktmb tu. tukar dengan dia 1010 Baht, dan kami dapat RM 100! 10 Baht = RM 1, means mak cik tu cuma ambil RM 1 je! so, moral of the story, jangan tukar kat malaysia, tukar kat mak cik tu je.  

kalau nak ke sana, nak senang dan puas hati,guna lah khidmat Ah Meng, sebab dia akan guide anda sampai semuanya selesai dan tentang kos boleh di bincang.sangat senang. dan Ah Meng pun boleh tolong ambilkan gambar dan video masa nikah sekali.. include pakej.. hehehe. Ah Meng tu pak cik ya, umur dalam 50-an cam tu lah.. rambut botak.nanti saya sertakan gambar :)






haaa... tu la dia Ah Meng yang banyak membantu kami di sepanjang perjalanan kami untuk bernikah di sana. kalau nak berurusan dengan dia, contact dia awal-awal dan pastikan anda call, jangan message, dia tak faham, dan Ah Meng tak ada whatsapp.. kalau ustaz ismail ada.. hehehe. kalau nak tanya apa-apa pasal pernikahan ke apa, boleh la tanya dengan Ustaz Ismail, Ustaz Ismail pun baik sangat menjawab semua pertanyaan saya, saya whatsapp je dengan dia, dia boleh taip bahasa melayu, tapi pelat-pelat sikit lah, tapi tak apa, yang penting dia faham, tapi kalau nak senang, sama-sama faham, call je. 

contact no:
Ah Meng - +66894668841
Ustaz Ismail - +66872888963

niat saya da suami kongsi pengalaman kami bernikah di sana bukan untuk menggalakkan pasangan lain buat perkara yang sama ya, niat kami untuk bercerita tentang pengalaman kami,dan berkongsi tentang jalan mudah yang Allah beri pada kami di sepanjang perjalanan kami di sana. Kami tidak ada ambil sedikit untung pun dari cerita kami, melainkan membalas jasa Ah Meng, dengan promote dia kepada orang lain, supaya kalau ada pasangan yang ingin ke sana nanti boleh la mendapat khidmat Ah Meng.

jadi saya rasa, cukup setakat ini perkongsian saya bersama suami bernikah di songkhla thailand demi untuk menghalalkan hubungan kami dan mendapat keredhaan Allah S.W.T,lepas ni usaha kami adalah untuk sama-sama kumpul duit untuk buat majlis macam biasa untuk menggembirakan hati ibu ayah kami pula. apa pun, banyak-banyak la berdoa pada Allah meminta pertolongan dan petunjuk dariNya dalam setiap apa jua keputusan dan langkah yang ingin kita lakukan. Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanNya. Dan percayalah, yakin lah dengan bantuan Allah yang akan tiba di saat kita tidak terjangka akan masanya.

alhamdulillah, terima kasih ya Allah, kerana Engkau telah lindungkan kami dari salah satu dosa besar yang hanya akan membuat kami mendapat kemurkaanMu. sekarang, kami berdua bahagia dan hati kami sangat lega, sebab kami dapat rasa yang Allah telah meredhai kami.

untuk apa-apa pertanyaan, boleh tinggalkan komen di mana-mana entry, insyaAllah saya akan balas nanti.

terima kasih.

wassalam.


APA2 PERTANYAAN, DIRECT EMAIL SY. NO NEED WHATSAPP OR ANY INVITATION. INSYAALLAH,SY AKAN REPLY CPT JIKA GUNA EMAIL. 

ainulmardhiah351@gmail.com

[PART 5] PULANG KE MALAYSIA

Assalamualaikum...

akhirnya, masa kami di Hatyai sudah pun habis, dan hari ni kami akan pulang ke Malaysia. Kami check out lewat sikit, hampir pukul 1 baru kami keluar hotel, tapi kat sana okey je kalau lewat sikit. Kalau di Malaysia jangan harap la, sekejap je dah kena ketuk pintu.. hehehe.

kami check out jam 1 tengah hari. ada masa lagi 3 jam sementara menunggu waktu kami naik train jam 4 petang. jadi kami pun ambil kesempatan untuk jalan-jalan di bandar hatyai. cuma 10 minit berjalan kaki. tak jauh dari hotel semasa kami mulakan perjalanan, ada kedai makan muslim, memang Ah Meng dah tunjuk semalam kedai makan halal untuk kami makan. jadi kami pun singgah untuk isi perut dulu. kami makan lauk campur juga macam di songkhla.. dan alhamdulillah, kami puas hati dan memang sedap! harga pulak okey la.. kami makan nasi putih dengan lauk campur, dan milo ais 2. semuanya 180 Baht (RM 18).

selesai isi perut, kami pun start jalan ke tengah bandar, tempat shopping paling heaven untuk wanita.. hehehe. kalau pandai tawar dapatlah harga murah. dapatlah kami beli key chain, beg kecik, baju sehelai dan kacang. kat sana, kena la pandai tawar dan survey betul-betul.. sebab ada je kedai yang memang langsung tak nak bagi kurang harga, tapi bile pergi tempat lain dapat harga jauh lebih murah. oh ye, sepanjang kami jalan tu, kami nampak la beberapa hotel yang memang dekat dengan bandar tu.. antaranya Kosit Hotel dan Tune Hotel. Jadi kalau anda nak pergi, boleh la stay di hotel yang dekat dengan bandar, jadi senanglah nak shopping! :)

jam pun da pukul 3 masa tu, kami tak larat dah nak jalan sebenarnya, sebab pikul beg yang agak berat. jadi kami pun decide untuk terus pergi ke stesen keretapi dan duduk di sana sementara tunggu pukul 4. kami pun jalan kaki ke sana, ikut arah yang Ah Meng dah tunjuk semalam. tapi sebenarnya tak susah, once da ikut arah yang Ah Meng tunjuk, ada signboard yang guide kami untuk ke railway station. sampai je di stesen keretapi, kami pun terus duduk dibangku yang disediakan, sebab penat jugak la jalan bawak beg.. kami plan masa tu, nak duduk kejap lepas lelah, then baru tanya orang cari tempat untuk ke tempat train ktmb tu, sebab kat situ banyak sangat train berlapis-lapis dan orang pun selamba je lalu atas railway tu.







tiba-tiba tak sampai 1 minit kami duduk kat situ, kami ditegur oleh peniaga di situ, yang bertanyakan kami nak kemana, kami cakap nak ke Malaysia, dan dia faham lah, nak balik Malaysia naik train senandung langkawi namanya. Kami duduk saja di situ, dia yang bangun terus pergi tanya kawan dia train ktmb di mana. dia datang balik kat kami, dan dia tunjuk arah tempat train ktmb tu, dia kata pergi duduk sana, dan boleh tidur. dia cakap english la sikit-sikit. masa tu tak faham lagi, sebab dia cakap sleep.. hehehe.. kami pun pergi je la ke arah yang di tunjuk tu. sebab train ktmb tu duduk nya 2 3 lapis jugak la dengan train yang lain, jadi tak nampak. rupa-rupanya, gerabak ktmb tu dah ada kat situ, tapi tak ada kepala nya lagi.. tapi dah boleh la masuk letak beg dan berehat kat dalam, jadi memang betul la orang tu kata tadi, u can sleep.. hehehe..

kami pun rehat-rehat kat situ, dan tepat pukul 4 petang train tu pun bergerak ke KL Sentral. Train dijangka sampai jam 5.40 pagi. jadi lebih kurang waktu tu la, kami pun sampai di KL Sentral, dan dari KL Sentral tu, kami pun sambung lagi honeymoon kami di KL pulak.. hehehe..

saya akan buat kesimpulan sepenuhnya perjalanan kami di entry yang akan datang, part 6.

[PART 4] COLLECT DOKUMEN DI KONSULAT MALAYSIA

Assalamualaikum..

di sebabkan kami memang dah plan yang kami ke sini untuk bernikah dan honeymoon sekali, jadi kami pon dah decide dari awal nak stay di thailand 3 hari 2 malam. Urusan nikah dan konsulat cuma 2 hari, so lagi sehari tu honeymoon lerr.. :) pakej yang Ah Meng handle ni RM 800 cuma untuk 2 hari 1 malam saja, maksudnya sampai semua urusan selesai la, then  selesai la urusan dengan Ah Meng. Tapi semalam masa mula-mula berurusan dengan Ah Meng, suami dah inform yang kami nak stay di sana 3 hari 2 malam, sebab kami dah pun beli tiket untuk balik lusanya. Then Ah Meng cakap tak ada masalah, stay songkhla 1 malam, then dia akan hantar balik ke Hatyai untuk stay pulak di Hatyai 1 malam. Padahal tu tak termasuk pun dalam pakej ye.. tapi Ah Meng ni baik hati sangat, tak berkira. Alhamdulillah...

semalam Ah Meng janji nak pickup kami kat hotel jam 10 pagi. 9.30 pagi kami dah siap dah, tapi tunggu je dalam bilik sambil check barang-barang takut ada yang tinggal. sambil tu saya dan suami breakfast la roti yang kami bawa dari Malaysia untuk alas perut. tengah-tengah makan roti, tiba-tiba Ah Meng ketuk pintu bilik kami bagitau dia dah sampai dan suruh turun bawah. Terkejut sampai nak tercekik roti masa tu.. hehehe.. mana tak nya, baru 9.50 pagi! 10 minutes before Ah Meng dah siap sedia kat bawah.. memang punctual betul Ah Meng ni.. hehehe..

lepas check out, Ah Meng terus bawa kami ke konsulat, sebelum 10.30am kami dah sampai konsulat. Masa tu jumpa Abang S dan Kakak Y sekali.. happy rasa jumpa diorang, dan inform kami dah selamat nikah, dan mereka ucap tahniah. sebab yela, kami tak ada family yang tahu, dan diorang je yang kami kenal dan baik masa disana, rasa macam family la.. hehehe.. mereka pun datang untuk pickup dokumen diorang jugak. tunggu punya tunggu, tetiba kami diberitahu yang bos nak sign dokumen tu tak ada, tengah meeting, so mereka suruh kami datang balik jam 1pm untuk collect dokumen tu. masa tu macam blur jugak la, lama tu pukul 1, ada lagi 3 jam. Dah la kami tak habis-habis asyik keliru je waktu Malaysia dengan Thailand, sebab waktu sana lewat satu jam.. jadi bila tengok jam kat tangan, rasa tak lama dah, tapi bila tengok balik kena undur balik masa 1 jam, sebab Thai lambat 1 jam.. hehehe.. nak senang tengok fon je, sebab fon sekarang kan dah automatik update.. hehehe.




dekat setengah jam jugak, duduk tercongok depan konsulat tu, saya, suami, abang S dan kakak Y. Ah Meng berbual dengan kawan dia.. Abang S pulak berbual dengan kawan dia jugak yang kebetulan jumpa kat situ, sebelum kawan-kawan dia balik, ucap tahniah kat kami.. rasa macam... ermmm... alhamdulillah.. ada jugak yang wish tahniah kat kami walaupun kami nikah tanpa family dan kawan-kawan kami.. actually, abang S bagitau kawan-kawan dia terkejut gila bila dia bagitau kami nikah Ah Meng handle, Ah Meng cuma minta bayar RM 800 je!

tak lama lepas tu, Abang S pun suruh Ah Meng bawa kami pergi tempat makan. Pusing punya pusing, tetiba sampai la kedai makan orang Islam di songkhla, makanan lauk campur. Mula-mula macam teragak-agak jugak nak makan, tengok dulu okey ke, bersih ke tak.. bila semuanya tengok ok je, apa lagi mintak nasi, then senduk lauk. Suami saya memang suka sup, apa lagi kalau sup ikan.. saya tengok dia ambil satu mangkuk sup ikan, tengok dia makan selera betul, dia kata sedap rasa sup ikan songkhla, tak pernah rasa di Malaysia. Alamak, saya nak kena berguru dengan orang songkhla la pulak lepas ni, nak belajar buat sup ikan untuk suami tercinta :) Semua makan dengan penuh berselera, memang sedap! Abang S sampai tambah lagi nasi.. hehehe.. siap makan semua, tiba lah masa nak membayar, abang S dengan suami pun bangun la nak pergi bayar, tapi alhamdulillah.. rezeki kami tengah hari tu, abang S belanja kami makan.. save budget, perut pun kenyang.. hehehehe.. alhamdulillah.. terima kasih Allah.

dari semalam sampai la hari ni, saya dan suami tak berhenti-berhenti senyum dan mengucap syukur, sebab kami dapat rasakan yang Allah bersama kami. Allah maha mengetahui keadaan kami, Dia bantu kami dengan hantarkan orang-orang yang cukup baik yang menolong kami di sepanjang perjalanan kami. Terima Kasih Allah...

jam baru pukul 11.30pagi, ada lagi 1 jam setengah nak pukul 1 tengah hari. Ah Meng bawa kami ke Pantai Samila, pantai yang terkenal di Songkhla. Kami pun lepak la di situ, duduk-duduk bawah pokok. Di situ banyak jual souvenir, dan boleh dibeli dengan duit Malaysia. Tepat 1 tengah hari, kami terus ke konsulat, memang dekat sangat dengan pantai samila tu tak sampai 5 minit naik tuk-tuk.

then, dapat lah kami collect dokuman pernikahan kami yang dah di sahkan oleh konsulat Malaysia. sebelum keluar dari konsulat, kami check betul-betul dokumen pernikah tu. pastikan semuanya dah disahkan dan ejaan betul.

selesai check semuanya, kami pun bergerak pula ke Hatyai. kalau ikutkan, pakej Ah Meng tu sampai urusan selesai di konsulat tu je, tapi sebab Ah Meng baik hati dan senang di bawa berbincang, Ah Meng bawa kami balik semula ke Hatyai untuk stay di sana pulak. Sebelum tu, kami berpisah dengan Abang S dan Kakak Y di konsulat tu, sebab mereka nak cepat jadi mereka naik teksi untuk ke stesen keretapi hatyai, tiket balik mereka petang tu juga jam 4 petang. InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi, kami pun ada ambil no fon Abang S, jadi nanti mana tau bila-bila masa nak menziarah senang la.. :)

lebih kurang 1.30 pm, Ah Meng pecut ke Hatyai pulak.. 2.40pm kami sampai di Hatyai, lambat sikit masa tu sebab hujan jadi Ah Meng tak boleh la pecut tuk-tuk laju sangat, nanti terbang pulak kami berdua kat belakang.. hehehe.

sampai di Hatyai, Ah Meng terus bawa kami ke hotel LEE GARDEN HOTEL, memang betul-betul di tengah bandar Hatyai, 10 minit jalan kaki ke tengah bandar tempat shopping dan ke stesen keretapi. Masuk je dalam hotel, sampai di kaunter, kami tak sempat cakap apa, tiba-tiba di suruh bagi passport sebagai deposit dan terus dapat kunci. semua Ah Meng settlekan.. hehehe.. senang, sebab dia cakap Thailand, jadi tak susah untuk berurusan. tengok hotel tu betul-betul macam 5 bintang, mewah betul.. tapi harganya sangat-sangatlah berbaloi yang amat! cuma RM 59.90!!!! masuk bilik dia lagi terkejut, katil king size, ada tv, peti ais, meja untuk makan, and toilet dia besar, ada bath tab lagi, toiletries suma lengkap, memang best sangat! memang tak dapat di malaysia dengan harga yang macam tu!!  


pemandangan dari tingkap bilik hotel kami..
ok, then tiba lah saat nak berpisah dengan Ah Meng pulak, Ah Meng handle kami sampai situ je, dia siap hantar kami sampai bilik. Settle bayar semua, kami pun tak henti-henti cakap terima kasih pada Ah Meng. Dari awal suami dan abang dah bagitau pada Ah Meng, Ah Meng sekarang popular di internet, banyak orang kata servis Ah Meng bagus, jadi kalau dia layan kami baik, tak ada tipu semuanya okey, balik Malaysia, kami dah janji akan tulis cerita yang baik-baik pasal Ah Meng, tapi kalau tak, kami akan burukkan nama Ah Meng.. ugut sikitlah.. hehehehe. Then ternyata servis Ah Meng memang bagus, dan kami dah janji akan tulis cerita pasal Ah Meng di blog dan bagi tau orang no fon Ah Meng, supaya lepas ni kalau ada pasangan yang nak pergi nikah di sana, boleh lah guna khidmat Ah Meng. Kami tak ada ambil komisyen atau apa pun ye. kami cuma berkongsi pengalaman kami saja bersama Ah Meng.

Ah Meng pesan, kalau nak dia tolong semasa anda di sana, telefon dia awal-awal, mungkin 1 minggu awal ke, dan dia cuma ada di stesen keretapi sahaja. kalau anda naik bus atau flight memang tak akan jumpa Ah Meng. tapi kalau dah deal dengan dia, boleh la jumpa kat mana-mana kan. lagi satu, Ah Meng ni memang fluent cakap siam, english, cina, dan melayu, TAPI dia tak reti baca. jadi, kalau nak bincang dengan dia, jangan lah hantar message, call je direct senang okey! kalau cakap Ah Meng memang terror.. hehehe.

sampai situ la pertemuan kami dengan Ah Meng.. kami pun stay la di hotel yang best tu untuk berhoneymoon, sampai esok tengah hari, waktu check out. sebab tiket balik kami jam 4 petang. untuk balik kami naik train jugak dari Hatyai ke KL Sentral.

cerita seterusnya dalam entry yang akan datang, part 5.

wassalam.

[PART 3] NIKAH DI PEJABAT AGAMA ISLAM SONGKHLA

Assalamualaikum..

saya sambung entry yang lepas...

lepas Ah Meng settlekan teksi Abang S dan Kakak Y, Ah Meng terus pecut tuk-tuk untuk hantar kami pulak. Sebelum tu Abang S dan Kakak Y banyak kali pesan pada Ah Meng supaya jaga kami elok-elok, dan pastikan semuanya selamat, kalau tak Abang S akan pastikan nama Ah Meng buruk di Malaysia, dan Ah Meng tak kan dapat customer lagi.. hehehe.. Abang S pun bagi no fon pada suami saya, supaya senang nak contact kalau apa-apa, mana tau tetibe Ah Meng buat hal.. hehehe..

sepanjang perjalanan ke pejabat agama Islam Songkhla, saya cuma banyak diam. Sebab saya rasa semua nya berlaku dengan sangat pantas. Tiba-tiba watak-watak insan yang membantu dan memudahkan perjalanan kami datang sekelip mata. Saya dan suami tidak henti-henti mengucap syukur sebab Allah mempermudahkan urusan kami. Dalam 20 minit, kami sampai di pejabat agama Islam Songkhla. Cantik sangat bangunan nya, dari jauh dah nampak terletak di tengah-tengah tanah lapang. Dari simpang nak sampai betul-betul ke tempat parking lebih kurang 1KM juga. Saya ada google, antara kos transport murah nak ke pejabat agama Islam Songkhla, adalah dengan menaiki van dari hatyai, bayaran nya cuma RM 3, tapi kena minta tuk-tuk di hatyai hantar kami ke tempat van dan van cuma akan hantar kami sampai simpang je. Lepas tu kena jalan sendiri, 1KM. Dan saya ada bertanya pada Ustaz Ismail tentang perkara itu, dan Ustaz Ismail cakap memang betul, dan lebih baik sewa kenderaan untuk settlekan urusan 2 hari tu yang kosnya RM 250. Saya terbayang sendiri, kalau lah kami naik van, belum tentu kami sudah sampai waktu itu. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami, dan kami jumpa Ah Meng yang memang superbb bawak tuk-tuk, habis sume jalan dia shortcut. dan alhamdulillah, 12.30 tgh hari kami sampai.


Pejabat Agama Islam Songkhla

masa kami sampai, office tengah tutup, waktu rehat. Jadi Ah Meng bagi kami rehat, dan mandi. Dan yang bestnya, toilet kat situ memang ada tempat mandi pun, bilik shower, bersih lagi, memang selesa! So kami pun ambil peluang untuk bersihkan diri. Tepat pukul 1 tgh hari, waktu office bukak, Ah Meng dah panggil kami untuk masuk dalam office. Waktu tu lepas diorang rehat, jadi macam lambat sikit lah momentum diorang nak start kerja tu.. hehehe.. banyak tengok staff berbual, makan-makan lagi.. faham-faham la.. macam kat malaysia jugak :) kebetulan hari tu, ramai jugak orang yang ada urusan di situ, dan rata-ratanya urusan nak bernikah lerr.. yang sama kami masa tu ada lagi 2 pasangan,termasuk kami 3 la semuanya.
tunggu punya tunggu, lebih kurang 1.50 pm kami di panggil masuk. Bila kami masuk je dalam bilik tu, dah ada kadi dan 2 orang saksi. Ah Meng pun masuk sekali, sebab dah mintak tolong dia ambilkan video masa proses tu. Kami terus duduk, dan bermula lah proses nikah. Dan akhirnya, kami selamat dinikahkan dengan sekali lafaz. 2 pm kami dah keluar dari bilik tu. Masa tu perasaan macam bercampur-campur, di awang-awangan pun ada.. hehehe.. yela, tetibe dah nikah, tetibe lelaki kat sebelah tu dah jadi suami. Tapi Ah Meng dengan excited nya, suruh kami duduk di pelamin yang disediakan, untuk ambil gambar kahwin katanya.. hehehe.. kelakar masa ni, sebab saya malu nak ambil gambar kat situ, sebab orang lain tengok.. tapi suami saya cakap, tak apa lah, nak bersanding betul-betul kat Malaysia tak dapat lagi, jadi kita bersanding la kejap kat sini.. hehehe..

tak sampai 10 minit, surat nikah kami dah siap. complete semua, siap dah di photostate kn. yang mana terdiri daripada:



  1. Surat Nikah Bahasa Melayu
  2. Surat Nikah Bahasa Jawi
  3. IC Suami dan Isteri
  4. Passport dan Arrival Card Suami Isteri
Untuk makluman, pejabat agama Islam Songkhla ni bukan terletak di songkhla pon, sebenarnya dia terletak di daerah Klonghae. Dari hatyai nak songkhla, pejabat ni duduk kat tengah-tengah, dari tepi jalan dah nampak. Alamat penuh dia:

The Islamic Committee Of Songkhla
352 Lopburiramesuan Rd, Moo 10, Klonghae,
Hatyai, Songkhla, Thailand 90110
Tel: 074-305300 

Selesai urusan di pejabat agama Islam Songkhla, kami bergegas pula ke konsulat Malaysia sebab nak dapatkan pengesahan. Okey, urusan pengesahan ni sangat penting ya, pertama sebab konsulat nak pastikan kita tak nikah dengan agent yang salah, yang bawa kita pergi nikah kat bawah pokok atau hotel atau mana-mana tempat yang tak sepatutnya lah. Hanya pernikahan yang dilakukan di pejabat agama Islam Songkhla yang akan di terima, dan boleh disahkan. Ke dua, ia penting sebab dengan cop tu, proses untuk anda daftarkan semula pernikahan anda di Malaysia lebih mudah. Ketiga, walaupun ia tak ada connection dengan Malaysia, maksudnya dia tak hantar detail yang bagi tau kita nikah kat Malaysia pun, tapi pengesahan itu sangat penting jika berlaku perkara seperti isteri mengandung. Sebab, dengan adanya pengesahan tu, anak anda tak kan ada masalah untuk didaftarkan nanti. Jadi dah alang-alang pergi sana tu, baik buat je proses pengesahan tu. Lagi satu, pengesahan tu penting bila mana tau la kena serbu dengan Jakim tu, mereka tidak akan terima surat nikah semata-mata, mereka perlukan cop dan surat dari konsulat Malaysia, barulah anda tidak di tangkap basah cuma akan dinasihat untuk daftarkan perkahwinan dan lepas tu kena lah denda RM 1000 sorang, suami dan isteri bila anda nak daftarkan pernikahan tu nanti..

Macam kami, kami memang tak daftarkan perkahwinan di Malaysia, sebab kami rancang akan nikah semula di Malaysia, depan family kami semua lepas kami habis belajar nanti. Buat majlis macm biasa. Macam saya cakap awal tadi, pernikahan ini cuma untuk menghalalkan hubungan kami sementara tunggu waktu kahwin yang sebenar, 

Jadi, petang tu, proses di konsulat Malaysia, cuma hantar je dokumen nikah tu semua di kaunter, lepas tu kami diberi kupon dan disuruh datang pada esok hari jam 11 pagi untuk ambil balik dokumen yang telah disahkan. 

Alhamdulillah...settle urusan kami hari tu. 

Hari pun dah petang, Ah Meng bawa kami pergi check in di hotel yang berdekatan dengan konsulat. Supaya senang esok nak pergi balik ke konsulat tu. Kami check in di hotel Bankaew yang berharga cuma RM 50 sahaja!! kalau tengok dari luar memang tak tau yang tu hotel, sebab tulisan thai, jadi tak faham. Ah Meng suruh kami letak beg dulu dalam bilik, lepas tu keluar balik sebab nak bawak kami pergi makan. 

Bila masuk je bilik tu, ya Allah.. terkejut nya.. selesa sangat! luas, bersih, semua lengkap. ada tv, peti ais, almari, towel, selimut, water heater. Memang puas hati dengan harga RM 50! 

Kami pun keluar balik dan pergi makan pulak. Perut pun dah bunyi-bunyi sejak dekat tempat nikah lagi sebenarnya.. hehe.. Ah Meng bawa kami ke tempat makanan Islam yang tak jauh dari hotel kami. Ah Meng bagi tau, kat Songkhla susah nak dapat makanan halal, sebab Songkhla ni pekan kecik je. pukul 7 dah sunyi da.. Kat situ, kami makan nasi goreng ayam dan tak lupa, kami order tomyam campur. Tomyam di sana lain sikit rasanya, sedap, campur ikan! suami saya memang suka makanan berkuah, dan agak cerewet tentang makanan, jadi bila dia kata sedap tomyam tu, dan tengok dia selera makan, maknanya memang sedap la tu.. :) 

kami makan di sana, nasi goreng ayam 2, nasi gorang telur mata 1 dengan tomyam campur dan air mineral saja, semua sekali 330 Baht (RM 33). okeylah, yang penting perut kenyang dan sedap.. hihihi..

lepas tu, Ah Meng pun hantar kami balik hotel dan kami berehat. Ah Meng janji esok pagi pukul 10 dia datang ambil kami untuk ke konsulat collect dokumen.. 

sambung dalam next entry.. part 4.

wassalam.


[PART 2] PERJALANAN BERMULA


Assalamulaikum...

Untuk perjalanan kami ke sana, kami memilih menaiki train,keretapi tanah melayu berhad (KTMB) dari KL Sentral ke Hatyai. Sebab pada kami lebih selesa, murah dan senang. Kami memilih 2nd class, katil atas dan bawah. Tapi memandangkan kami terlewat sedikit menempah tiket, kami berdua dapat katil atas sahaja untuk pergi dan balik. Katil bawah lebih selesa, besar sedikit dan senang tak payah panjat-panjat. Tapi tak apa lah, katil atas pun okey, yang penting selesa boleh tidur.

Harga katil,perjalanan dari KL Sentral-Hatyai:

Katil atas: RM 54

Katil bawah: RM 60







macam tu la keadaan katil dalam train tu.. so far memang sangat selesa, sejuk je ade aircond dan siap ada selimut.. bila baring pun tak rasa goyang sangat, melainkan bile train tu pecut laju.. hehehe.. so untuk perjalanan jauh memang sesuai la, boleh berehat sementara tunggu masa nak sampai destinasi. Perjalanan dari KL Sentral ke Hatyai mengambil masa 14 jam. Train ke Hatyai cuma ada sekali je dalam sehari dari KL Sentral, iaitu jam 10 malam dan dijangka sampai jam 12 tengah hari keesokkan hari nya. Masa kami pergi. kami dapat katil sebelah pintu, jadi agak bising sikit la, sebab pintu tu tak boleh tutup rapat, dia terbuka dan tertutup sendiri.. tapi kalau dah penat sangat, apa pun tak dengar kan. 

Saya pernah ke Hatyai dua tahun lepas bersama family, dan saya dapati di sana agak susah untuk dapat makanan yang menepati cita rasa saya. Sebab saya ni susah sikit nak cuba makanan-makanan baru dan saya rasa keadaan  di sana agak kurang bersih. Mungkin masa tu saya tak banyak buat research dan tak ada siapa guide utk bawa ke tempat makan yang best.. sebab bila saya baca kat blog orang yang pernah pergi sana, mereka kata sedap je makanan sana. Jadi disebabkan takut tak jumpa makanan halal, dan untuk save budget, sebelum naik train, kami borong makanan di 7E KL Sentral. Kelakar betul ingat masa tu, orang semua tengok je kami ambil makanan banyak gilerr.. Memang ada gaya backpackers la.. hehe.. Kami cuma bawa dua beg je, satu beg pakaian, dan satu lagi khas untuk beg makanan. Beg makanan dan beg baju tu sama besar dah, jadi bayangkan betapa banyak nya makanan kami bawak, sampai penuh beg tu. Kami beli maggie 10 bungkus, roti yang macam-macam jenis, biskut dan tak lupa air mineral 4 botol besar. Memang bawa untuk bekalan kami masa di sana. Sebab 7E di sana, memang ada, tapi boleh dikatakan kebanyakkan nya tak halal, jadi untuk keselamatan bersama, baik bawak je makanan dari Malaysia. 

Alhamdulillah, masa tu train tak ada delay. Memang tepat 9.30 malam kami turun ke gate kemasukkan, terus ada train menunggu, dan kami terus masuk. Tepat jam 10 malam train pun bergerak. Sepanjang perjalanan kami, hati kami berdua berdebar. Sebab kami tak tau apa akan jadi. Kami sangat risau memikirkan keadaan di sana. Masalah besar nya sebab takut budget tak cukup. 

Jam 10 pagi kami dah sampai di Padang Besar, selesai urusan cop passport, kami kena tunggu di stesen tersebut lebih kurang 1 jam setengah sebab train pergi isi minyak. 

Semasa menunggu train, kami ditegur oleh satu pasangan melayu dari Malaysia, dalam lingkungan 30-an, yang bertanyakan kami hendak ke mana. Kami pun cuma jawab ke hatyai untuk bercuti. Dan perbualan terhenti di situ.

Dalam research kami di blog http://nikahhatyaisiam.blogspot.com/ , kami ada membaca komen-komen orang yang dah pergi ke sana tentang Ah Meng. Yang mana diceritakan Ah Meng ni banyak membantu pasangan yang ingin bernikah di sana dengan memberikan harga yang cukup murah dan boleh berbincang. Ah Meng juga di katakan sangat baik hati. Mengikut kata orang-orang yang pernah pergi ke sana, Ah Meng ni selalu ada di Padang Besar. Orang nya sudah berumur, rambut botak dan suka pakai baju warna kelam-kelam je.. jadi masa kami di padang besar, kami pun cuba jugaklah mencari-cari Ah Meng ni.. tapi tak jumpa pun orang seperti yang digambarkan. 

Sebelum kami memulakan perjalanan ke hatyai, saya ada hubungi Ustaz Ismail, ustaz yang di nyatakan dalam blog  http://nikahhatyaisiam.blogspot.com/ dan bertanyakan berbagai soalan tentang keadaan di sana. Sebab kami terlalu risau dengan kos pengangkutan di sana. Banyak pengalaman yang kami baca, kalau silap cara banyak kena tipu dan duit pun melayang! Ustaz telah pesan, untuk ke tempat nikah, iaitu The Islamic Committee of Songkhla sebaiknya sewa kenderaan. Kosnya dalam Rm 250 untuk urusan selama dua hari, nikah dan pengesahan konsulat Malaysia. 

Untuk makluman, hanya ada dua proses penting untuk bernikah di sana. Pertama, anda harus bernikah di pejabat agama Islam di sana, iaitu The Islamic Committee of Songkhla, dan mendapatkan pengesahan pernikahan daripada konsulat Malaysia di sana. Saya akan ceritakan kemudian.

11.30 pagi, dengan penuh rasa tawakal dan redha kepada Allah, mengharapkan pertolongan dan bantuan dariNya semasa kami di sana nanti, kami pun meneruskan perjalanan ke Hatyai. Di dalam train, kami berbincang tentang perancangan kami untuk kali terakhir setelah sampai di sana nanti. Apa yang kami rancang, sampai je di sana, kami akan mencari tuk-tuk untuk ke The Islamic Committee of Songkhla untuk bernikah dahulu.
Tak apa lah, kami berserah pada Allah. Kami ke sana dengan tujuan untuk bernikah. Untuk menghalalkan hubungan kami, untuk mendapatkan keredhaan nya. Kami percaya dengan janji Allah dalam satu hadis yang mana Allah telah berfirman:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)
2 bulan sebelum perjalanan kami, tidak putus-putus kami berdoa, memohon kepada Allah, semoga memberkati dan merahmati perjalanan kami. Permudahkan urusan kami untuk ke sana, dan semasa di sana hingga semuanya selesai dan kami selamat pulang. Berikan kami bantuan di saat kami dalam kesulitan dan beri kami petunjuk di saat kami dalam kesesatan. Lindungilah kami dari orang-orang yang ingin menipu kami, dan berniat jahat terhadap kami. Dan untuk kali terakhir, semasa dalam train perjalanan dari padang besar ke hatyai, suami saya berdoa lagi meminta perkara yang sama. Allah... berdebarnya hati kami masa ni. 
Selesai berdoa, kami berbual lagi, berbincang tentang perancangan kami semasa di sana nanti. Tiba-tiba kami ditegur oleh seorang pak cik berbangsa cina, dia bertanyakan kami mahu kemana. saya diam sahaja, menyerahkan pada suami untuk menjawab. Suami saya jawab, kami mahu ke Songkhla, pak cik tu tanya lagi, Songkhla mahu ke mana, akhirnya suami saya menjawab, kami mahu pergi nikah. Pak cik tu suruh kami senyap sedikit, perlahankan suara, masa tu kami tak faham kenapa. Terus pak cik tu tawarkan diri untuk bawa kami ke sana. Kami tanya berapa kos dia tak nak cakap. Kami dah risau. Takut-takut mahal, tak cukup budget. Suami saya tanya, siapa nama dia, dia jawab, nama saya Ah Meng. Masa tu kami sama-sama dah senyum. Dalam masa yang sama, pasangan abang dan kakak (abang S dan kakak Y) yang kami jumpa di padang besar tadi menghampiri kami. Rupa-rupanya mereka dah kenal dengan Ah Meng dan meminta bantuan Ah Meng juga sebab mereka juga ada hal yang nak di uruskan di Konsulat Malaysia. Dan mereka meyakinkan kami, jangan risau dengan Ah Meng, dia baik, tak tipu orang. Masa tu saya rasa kalut sikit, sebab masing-masing bercakap, tapi kena kawal suara tak boleh cakap kuat sangat, saya diam saja, saya serahkan pada suami untuk buat keputusan. Suami saya tanya lagi pada Ah Meng, berapa kos yang dikenakan, dan dengan jujur dia kata kami tak ada duit, kami student lagi. Ah Meng jawab, cuma RM 800 sahaja untuk semua proses ke pejabat agama islam untuk bernikah, proses mendapatkan pengesahan di konsulat, hotel satu malam di songkhla dan kenderaan.
Suami saya terus setuju. Sebab kami tahu kos untuk nikah di pejabat agama islam songkhla adalah RM 450, kos di konsulat Malaysia RM 50, cuma yang kami tak pasti adalah kos kenderaan dan hotel. Jadi bila Ah Meng offer kami RM 800 untuk semua tu, kami terus setuju. Sebab kami fikir, kos kenderaan sudah termasuk sekali dan hotel di songkhla. Kalau kami sendiri yang handle, cari transport sendiri belum tentu dapat harga macam tu, di tambah kemungkinan kena tipu. 
oh ye, tadi saya ada cakap, yang masa Ah Meng tahu kami nak pergi nikah, dia suruh kami perlahankan suara.. sebenarnya, masa Ah Meng tegur kami, masa tu train tu dah nak sampai di stesen hatyai, bila sampai je train tu, agent-agent lain dari hatyai akan berpusu-pusu masuk dalam train sebab nak cari customer. Jadi, Ah Meng suruh kami perlahankan suara sebab tak nak agent-agent tu dengar. Sebab kalau agent-agent tu tahu. dia akan kejar kami jugak. Dan rata-rata mereka kenakan kos yang lebih tinggi dari Ah Meng. Jadi kami dah pernah baca pengalaman orang lain yang berurusan dengan Ah Meng dan semuanya puas hati, sebab tu la kami terus setuju untuk berurusan dengan Ah Meng.

berhenti je train, Ah Meng terus bawa kami naik tuk-tuk. Abang S dan Kakak Y pun gerak sama kami jugak. Mereka dah bernikah, tapi ada urusan di Konsulat Malaysia, jadi Ah Meng hantar Abang S dan Kakak Y ke tempat teksi kawan Ah Meng dulu, sebab Ah Meng terus nak hantar saya dan suami ke tempat nikah. Untuk makluman, tempat nikah dan tempat pengesahan konsulat Malaysia tu di tempat yang berlainan ye. Jadi sebab tu la kami dan Abang S,Kakak Y terpaksa naik kenderaan berbeza. Ah Meng pulak nak cepat, sebab nak bawa kami ke tempat nikah dahulu.

saya sambung apa jadi seterusnya, di tempat kami bernikah dalam entry seterusnya.. part 3.

wassalam 

[PART 1] PERANCANGAN UNTUK BERNIKAH DI THAILAND


Assalamualaikum...

pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana harapan untuk berkongsi pengalaman saya dan pasangan bernikah di Thailand akhirnya tercapai. Banyak cerita yang ingin saya kongsikan bersama pembaca tentang pengalaman kami sendiri ke sana dengan tujuan untuk bernikah. Semasa di sana lagi, sudah saya minta izin dari suami saya untuk saya menulis pengalaman kami di blog untuk dikongsi kan bersama orang lain. Kerana apa yang kami lalui tidak terlangkau oleh fikiran kami yang akhirnya membuat bibir kami tidak henti-henti mengucap syukur kepada Allah.


kami berkenalan di IPT, dan sehingga kini kami masih lagi bergelar student. Sejak dari awal perkenalan lagi, sudah suami saya katakan yang hubungan ini bukan mainan, jika ada jodoh dan kami serasi, dia mahu kami berkahwin. Setelah hampir dua tahun, kami mendapat keyakinan untuk memperkukuh hubungan kami dengan cara yang halal dan diredhai Allah. Kami meminta izin dari ke dua ibu bapa kami, tapi mereka tidak setuju. Mereka mahu kami menghabiskan pembelajaran kami dahulu. Apa yang menjadi masalah kepada kami ialah kami tidak sanggup lagi untuk menanggung dosa yang semakin bertambah, kalau nak tunggu habis belajar yang memakan masa lagi 2 tahun, sempat kah kami berkahwin? sedang tanda-tanda kiamat sudah hampir lengkap. Dalam masa yang sama, perkenalan saya dan suami semasa itu, membuat saya banyak berubah ke arah yang jauh lebih baik dari sebelum itu. Tudung saya semakin labuh dan aurat saya semakin tertutup sempurna. Semuanya saya rasa sudah lengkap. Tapi dalam hati saya, saya berasa malu dengan diri saya sendiri, sebab walau di luar saya nampak sudah sempurna, tapi ada satu dosa yang saya masih lakukan. Bercinta dengan lelaki yang belum menjadi suami saya. Memang terlalu jarang kami berjumpa di kampus sebab kami tidak mahu dosa yang lebih besar. Tetapi, hari-hari kami berbual di telefon, berwhatsapp, meluahkan rasa cinta dan sayang, cukup untuk saya berasa sangat berdosa. Dan malu dengan diri sendiri yang seolah-olah tidak sesuai dengan penampilan muslimah saya.


sebenarnya banyak kali dia mengajak saya untuk bernikah di thailand, tapi saya pula yang tak setuju. Sebab saya sedih memikirkan ibu ayah saya jika mereka tahu saya berkahwin di sana tanpa pengetahuan mereka. Dan saya tidak sanggup untuk membelakangkan mereka dalam hal perkahwinan saya. Tapi, satu hari, suami saya mengajak saya lagi untuk bernikah di thailand. Jawapan saya tetap sama, tidak. Saya tak sanggup. Tapi dia meyakinkan saya, katanya... ibu ayah memang orang yang melahirkan dan membesarkan kita. tapi mereka bukan pencipta, pemilik nyawa kita. sekarang ni, kita berdosa dengan Allah, tuhan kita, pencipta dan pemilik nyawa ini. Tidak ada isu membelakangkan ibu ayah atau siapa-siapa. Sebab dalam hidup ini, turutan kita sebagai anak adalah Allah, Rasullullah, Ibu,Ibu,Ibu, Ayah. Jadi siapa yang pertama yang patut kita dahulukan sekarang ni??




Saya pun terdiam dan berfikir tentang kebenaran kata-katanya. Saya memohon keyakinan dari Allah. Tidak lama selepas itu, saya setuju dengan rancangan dia dan kami pun mula buat research dan mengumpul duit. Hanya satu blog yang menjadi panduan kami, iaitu http://nikahhatyaisiam.blogspot.com/ . Dalam kami membuat research, kami dapati harga agent yang ditawarkan adalah terlalu tinggi untuk kami yang masih belajar. Paling rendah yang kami jumpa di internet pun, Rm 1500, tidak termasuk kos pengangkutan pergi dan balik. Hampir 2 bulan kami buat research dan baca semua komen-komen di blog nikahhatyaisiam. Yang rata-ratanya pergi ke sana sendiri tanpa menggunakan agent, dan ternyata kos nya jauh lebih rendah.

Dalam dua bulan kami mengumpul duit, kami berjaya mengumpul Rm 1400. Mengikut pengalaman orang-orang yang kami baca di blog tersebut, budget yang kami ada hanya cukup-cukup atau tidak cukup. Sebab di sana tidak ada apa yang pasti. Semuanya ikut nasib. Kalau untung, untunglah, dapat transport ok, makan tempat murah, hotel pon ok. Kalau tak, memang tak cukup la budget, kena ketuk dengan tuk-tuk dan tempat makan di sana.


Akhirnya, budget pun dah cukup, research pun dah buat, kami pun menetapkan tarikh untuk ke sana. Saya akan cerita kan dalam next entry, Part 2.


Wassalam