Saturday, 20 September 2014

[PART 4] COLLECT DOKUMEN DI KONSULAT MALAYSIA

Assalamualaikum..

di sebabkan kami memang dah plan yang kami ke sini untuk bernikah dan honeymoon sekali, jadi kami pon dah decide dari awal nak stay di thailand 3 hari 2 malam. Urusan nikah dan konsulat cuma 2 hari, so lagi sehari tu honeymoon lerr.. :) pakej yang Ah Meng handle ni RM 800 cuma untuk 2 hari 1 malam saja, maksudnya sampai semua urusan selesai la, then  selesai la urusan dengan Ah Meng. Tapi semalam masa mula-mula berurusan dengan Ah Meng, suami dah inform yang kami nak stay di sana 3 hari 2 malam, sebab kami dah pun beli tiket untuk balik lusanya. Then Ah Meng cakap tak ada masalah, stay songkhla 1 malam, then dia akan hantar balik ke Hatyai untuk stay pulak di Hatyai 1 malam. Padahal tu tak termasuk pun dalam pakej ye.. tapi Ah Meng ni baik hati sangat, tak berkira. Alhamdulillah...

semalam Ah Meng janji nak pickup kami kat hotel jam 10 pagi. 9.30 pagi kami dah siap dah, tapi tunggu je dalam bilik sambil check barang-barang takut ada yang tinggal. sambil tu saya dan suami breakfast la roti yang kami bawa dari Malaysia untuk alas perut. tengah-tengah makan roti, tiba-tiba Ah Meng ketuk pintu bilik kami bagitau dia dah sampai dan suruh turun bawah. Terkejut sampai nak tercekik roti masa tu.. hehehe.. mana tak nya, baru 9.50 pagi! 10 minutes before Ah Meng dah siap sedia kat bawah.. memang punctual betul Ah Meng ni.. hehehe..

lepas check out, Ah Meng terus bawa kami ke konsulat, sebelum 10.30am kami dah sampai konsulat. Masa tu jumpa Abang S dan Kakak Y sekali.. happy rasa jumpa diorang, dan inform kami dah selamat nikah, dan mereka ucap tahniah. sebab yela, kami tak ada family yang tahu, dan diorang je yang kami kenal dan baik masa disana, rasa macam family la.. hehehe.. mereka pun datang untuk pickup dokumen diorang jugak. tunggu punya tunggu, tetiba kami diberitahu yang bos nak sign dokumen tu tak ada, tengah meeting, so mereka suruh kami datang balik jam 1pm untuk collect dokumen tu. masa tu macam blur jugak la, lama tu pukul 1, ada lagi 3 jam. Dah la kami tak habis-habis asyik keliru je waktu Malaysia dengan Thailand, sebab waktu sana lewat satu jam.. jadi bila tengok jam kat tangan, rasa tak lama dah, tapi bila tengok balik kena undur balik masa 1 jam, sebab Thai lambat 1 jam.. hehehe.. nak senang tengok fon je, sebab fon sekarang kan dah automatik update.. hehehe.




dekat setengah jam jugak, duduk tercongok depan konsulat tu, saya, suami, abang S dan kakak Y. Ah Meng berbual dengan kawan dia.. Abang S pulak berbual dengan kawan dia jugak yang kebetulan jumpa kat situ, sebelum kawan-kawan dia balik, ucap tahniah kat kami.. rasa macam... ermmm... alhamdulillah.. ada jugak yang wish tahniah kat kami walaupun kami nikah tanpa family dan kawan-kawan kami.. actually, abang S bagitau kawan-kawan dia terkejut gila bila dia bagitau kami nikah Ah Meng handle, Ah Meng cuma minta bayar RM 800 je!

tak lama lepas tu, Abang S pun suruh Ah Meng bawa kami pergi tempat makan. Pusing punya pusing, tetiba sampai la kedai makan orang Islam di songkhla, makanan lauk campur. Mula-mula macam teragak-agak jugak nak makan, tengok dulu okey ke, bersih ke tak.. bila semuanya tengok ok je, apa lagi mintak nasi, then senduk lauk. Suami saya memang suka sup, apa lagi kalau sup ikan.. saya tengok dia ambil satu mangkuk sup ikan, tengok dia makan selera betul, dia kata sedap rasa sup ikan songkhla, tak pernah rasa di Malaysia. Alamak, saya nak kena berguru dengan orang songkhla la pulak lepas ni, nak belajar buat sup ikan untuk suami tercinta :) Semua makan dengan penuh berselera, memang sedap! Abang S sampai tambah lagi nasi.. hehehe.. siap makan semua, tiba lah masa nak membayar, abang S dengan suami pun bangun la nak pergi bayar, tapi alhamdulillah.. rezeki kami tengah hari tu, abang S belanja kami makan.. save budget, perut pun kenyang.. hehehehe.. alhamdulillah.. terima kasih Allah.

dari semalam sampai la hari ni, saya dan suami tak berhenti-berhenti senyum dan mengucap syukur, sebab kami dapat rasakan yang Allah bersama kami. Allah maha mengetahui keadaan kami, Dia bantu kami dengan hantarkan orang-orang yang cukup baik yang menolong kami di sepanjang perjalanan kami. Terima Kasih Allah...

jam baru pukul 11.30pagi, ada lagi 1 jam setengah nak pukul 1 tengah hari. Ah Meng bawa kami ke Pantai Samila, pantai yang terkenal di Songkhla. Kami pun lepak la di situ, duduk-duduk bawah pokok. Di situ banyak jual souvenir, dan boleh dibeli dengan duit Malaysia. Tepat 1 tengah hari, kami terus ke konsulat, memang dekat sangat dengan pantai samila tu tak sampai 5 minit naik tuk-tuk.

then, dapat lah kami collect dokuman pernikahan kami yang dah di sahkan oleh konsulat Malaysia. sebelum keluar dari konsulat, kami check betul-betul dokumen pernikah tu. pastikan semuanya dah disahkan dan ejaan betul.

selesai check semuanya, kami pun bergerak pula ke Hatyai. kalau ikutkan, pakej Ah Meng tu sampai urusan selesai di konsulat tu je, tapi sebab Ah Meng baik hati dan senang di bawa berbincang, Ah Meng bawa kami balik semula ke Hatyai untuk stay di sana pulak. Sebelum tu, kami berpisah dengan Abang S dan Kakak Y di konsulat tu, sebab mereka nak cepat jadi mereka naik teksi untuk ke stesen keretapi hatyai, tiket balik mereka petang tu juga jam 4 petang. InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi, kami pun ada ambil no fon Abang S, jadi nanti mana tau bila-bila masa nak menziarah senang la.. :)

lebih kurang 1.30 pm, Ah Meng pecut ke Hatyai pulak.. 2.40pm kami sampai di Hatyai, lambat sikit masa tu sebab hujan jadi Ah Meng tak boleh la pecut tuk-tuk laju sangat, nanti terbang pulak kami berdua kat belakang.. hehehe.

sampai di Hatyai, Ah Meng terus bawa kami ke hotel LEE GARDEN HOTEL, memang betul-betul di tengah bandar Hatyai, 10 minit jalan kaki ke tengah bandar tempat shopping dan ke stesen keretapi. Masuk je dalam hotel, sampai di kaunter, kami tak sempat cakap apa, tiba-tiba di suruh bagi passport sebagai deposit dan terus dapat kunci. semua Ah Meng settlekan.. hehehe.. senang, sebab dia cakap Thailand, jadi tak susah untuk berurusan. tengok hotel tu betul-betul macam 5 bintang, mewah betul.. tapi harganya sangat-sangatlah berbaloi yang amat! cuma RM 59.90!!!! masuk bilik dia lagi terkejut, katil king size, ada tv, peti ais, meja untuk makan, and toilet dia besar, ada bath tab lagi, toiletries suma lengkap, memang best sangat! memang tak dapat di malaysia dengan harga yang macam tu!!  


pemandangan dari tingkap bilik hotel kami..
ok, then tiba lah saat nak berpisah dengan Ah Meng pulak, Ah Meng handle kami sampai situ je, dia siap hantar kami sampai bilik. Settle bayar semua, kami pun tak henti-henti cakap terima kasih pada Ah Meng. Dari awal suami dan abang dah bagitau pada Ah Meng, Ah Meng sekarang popular di internet, banyak orang kata servis Ah Meng bagus, jadi kalau dia layan kami baik, tak ada tipu semuanya okey, balik Malaysia, kami dah janji akan tulis cerita yang baik-baik pasal Ah Meng, tapi kalau tak, kami akan burukkan nama Ah Meng.. ugut sikitlah.. hehehehe. Then ternyata servis Ah Meng memang bagus, dan kami dah janji akan tulis cerita pasal Ah Meng di blog dan bagi tau orang no fon Ah Meng, supaya lepas ni kalau ada pasangan yang nak pergi nikah di sana, boleh lah guna khidmat Ah Meng. Kami tak ada ambil komisyen atau apa pun ye. kami cuma berkongsi pengalaman kami saja bersama Ah Meng.

Ah Meng pesan, kalau nak dia tolong semasa anda di sana, telefon dia awal-awal, mungkin 1 minggu awal ke, dan dia cuma ada di stesen keretapi sahaja. kalau anda naik bus atau flight memang tak akan jumpa Ah Meng. tapi kalau dah deal dengan dia, boleh la jumpa kat mana-mana kan. lagi satu, Ah Meng ni memang fluent cakap siam, english, cina, dan melayu, TAPI dia tak reti baca. jadi, kalau nak bincang dengan dia, jangan lah hantar message, call je direct senang okey! kalau cakap Ah Meng memang terror.. hehehe.

sampai situ la pertemuan kami dengan Ah Meng.. kami pun stay la di hotel yang best tu untuk berhoneymoon, sampai esok tengah hari, waktu check out. sebab tiket balik kami jam 4 petang. untuk balik kami naik train jugak dari Hatyai ke KL Sentral.

cerita seterusnya dalam entry yang akan datang, part 5.

wassalam.

6 comments:

Anonymous said...

Ada nombor ahmeng takkk

Unknown said...

Blh bagi nmbor ah meng x

Anonymous said...

daftar malaysia tk kahwin ?

Anonymous said...

malam pertama pun sambut kat situ gak ke? hehehehe

Unknown said...

Boley saya dapat kan nombor Ah Meng

lisatina said...

Untuk yang lagi galau, yang lagi bosan tidak tahu mau ngapain,
tenang,,sekarang ada yang akan menghibur kalian sekaligus
mengisi hari-hari kalian dengan games" online yang pastinya tidak akan
mengecewakan kalian deh...

yuk ikutan gabung bersama Pesonavip.com
Dapatkan Bonus Rollingan TO Sebesar 0,3 - 0.5% / Hari
Bonus Referral Sebesar 20% Seumur Hidup

* Minimal deposit hanya Rp 20.000
* Minimal tarik dana Rp 20.000
* Dilayani oleh CS profesional dan ramah
* 24 jam online
* Proses Depo & WD super cepat
* No ROBOT MURNI PLAYER VS PLAYER
* kamu berkesempatan menangkan Jackpot setiap harinya.

Info lebih lanjut silahkan hubungi CS 24 Online Setiap hari melalui :

* PIN BBM : pesonaqq
* WA : +85587984700

Link Alternatif : Pesonavip.com

Salam Sukses Pesonaqq.com