Saturday, 20 September 2014

[PART 2] PERJALANAN BERMULA


Assalamulaikum...

Untuk perjalanan kami ke sana, kami memilih menaiki train,keretapi tanah melayu berhad (KTMB) dari KL Sentral ke Hatyai. Sebab pada kami lebih selesa, murah dan senang. Kami memilih 2nd class, katil atas dan bawah. Tapi memandangkan kami terlewat sedikit menempah tiket, kami berdua dapat katil atas sahaja untuk pergi dan balik. Katil bawah lebih selesa, besar sedikit dan senang tak payah panjat-panjat. Tapi tak apa lah, katil atas pun okey, yang penting selesa boleh tidur.

Harga katil,perjalanan dari KL Sentral-Hatyai:

Katil atas: RM 54

Katil bawah: RM 60







macam tu la keadaan katil dalam train tu.. so far memang sangat selesa, sejuk je ade aircond dan siap ada selimut.. bila baring pun tak rasa goyang sangat, melainkan bile train tu pecut laju.. hehehe.. so untuk perjalanan jauh memang sesuai la, boleh berehat sementara tunggu masa nak sampai destinasi. Perjalanan dari KL Sentral ke Hatyai mengambil masa 14 jam. Train ke Hatyai cuma ada sekali je dalam sehari dari KL Sentral, iaitu jam 10 malam dan dijangka sampai jam 12 tengah hari keesokkan hari nya. Masa kami pergi. kami dapat katil sebelah pintu, jadi agak bising sikit la, sebab pintu tu tak boleh tutup rapat, dia terbuka dan tertutup sendiri.. tapi kalau dah penat sangat, apa pun tak dengar kan. 

Saya pernah ke Hatyai dua tahun lepas bersama family, dan saya dapati di sana agak susah untuk dapat makanan yang menepati cita rasa saya. Sebab saya ni susah sikit nak cuba makanan-makanan baru dan saya rasa keadaan  di sana agak kurang bersih. Mungkin masa tu saya tak banyak buat research dan tak ada siapa guide utk bawa ke tempat makan yang best.. sebab bila saya baca kat blog orang yang pernah pergi sana, mereka kata sedap je makanan sana. Jadi disebabkan takut tak jumpa makanan halal, dan untuk save budget, sebelum naik train, kami borong makanan di 7E KL Sentral. Kelakar betul ingat masa tu, orang semua tengok je kami ambil makanan banyak gilerr.. Memang ada gaya backpackers la.. hehe.. Kami cuma bawa dua beg je, satu beg pakaian, dan satu lagi khas untuk beg makanan. Beg makanan dan beg baju tu sama besar dah, jadi bayangkan betapa banyak nya makanan kami bawak, sampai penuh beg tu. Kami beli maggie 10 bungkus, roti yang macam-macam jenis, biskut dan tak lupa air mineral 4 botol besar. Memang bawa untuk bekalan kami masa di sana. Sebab 7E di sana, memang ada, tapi boleh dikatakan kebanyakkan nya tak halal, jadi untuk keselamatan bersama, baik bawak je makanan dari Malaysia. 

Alhamdulillah, masa tu train tak ada delay. Memang tepat 9.30 malam kami turun ke gate kemasukkan, terus ada train menunggu, dan kami terus masuk. Tepat jam 10 malam train pun bergerak. Sepanjang perjalanan kami, hati kami berdua berdebar. Sebab kami tak tau apa akan jadi. Kami sangat risau memikirkan keadaan di sana. Masalah besar nya sebab takut budget tak cukup. 

Jam 10 pagi kami dah sampai di Padang Besar, selesai urusan cop passport, kami kena tunggu di stesen tersebut lebih kurang 1 jam setengah sebab train pergi isi minyak. 

Semasa menunggu train, kami ditegur oleh satu pasangan melayu dari Malaysia, dalam lingkungan 30-an, yang bertanyakan kami hendak ke mana. Kami pun cuma jawab ke hatyai untuk bercuti. Dan perbualan terhenti di situ.

Dalam research kami di blog http://nikahhatyaisiam.blogspot.com/ , kami ada membaca komen-komen orang yang dah pergi ke sana tentang Ah Meng. Yang mana diceritakan Ah Meng ni banyak membantu pasangan yang ingin bernikah di sana dengan memberikan harga yang cukup murah dan boleh berbincang. Ah Meng juga di katakan sangat baik hati. Mengikut kata orang-orang yang pernah pergi ke sana, Ah Meng ni selalu ada di Padang Besar. Orang nya sudah berumur, rambut botak dan suka pakai baju warna kelam-kelam je.. jadi masa kami di padang besar, kami pun cuba jugaklah mencari-cari Ah Meng ni.. tapi tak jumpa pun orang seperti yang digambarkan. 

Sebelum kami memulakan perjalanan ke hatyai, saya ada hubungi Ustaz Ismail, ustaz yang di nyatakan dalam blog  http://nikahhatyaisiam.blogspot.com/ dan bertanyakan berbagai soalan tentang keadaan di sana. Sebab kami terlalu risau dengan kos pengangkutan di sana. Banyak pengalaman yang kami baca, kalau silap cara banyak kena tipu dan duit pun melayang! Ustaz telah pesan, untuk ke tempat nikah, iaitu The Islamic Committee of Songkhla sebaiknya sewa kenderaan. Kosnya dalam Rm 250 untuk urusan selama dua hari, nikah dan pengesahan konsulat Malaysia. 

Untuk makluman, hanya ada dua proses penting untuk bernikah di sana. Pertama, anda harus bernikah di pejabat agama Islam di sana, iaitu The Islamic Committee of Songkhla, dan mendapatkan pengesahan pernikahan daripada konsulat Malaysia di sana. Saya akan ceritakan kemudian.

11.30 pagi, dengan penuh rasa tawakal dan redha kepada Allah, mengharapkan pertolongan dan bantuan dariNya semasa kami di sana nanti, kami pun meneruskan perjalanan ke Hatyai. Di dalam train, kami berbincang tentang perancangan kami untuk kali terakhir setelah sampai di sana nanti. Apa yang kami rancang, sampai je di sana, kami akan mencari tuk-tuk untuk ke The Islamic Committee of Songkhla untuk bernikah dahulu.
Tak apa lah, kami berserah pada Allah. Kami ke sana dengan tujuan untuk bernikah. Untuk menghalalkan hubungan kami, untuk mendapatkan keredhaan nya. Kami percaya dengan janji Allah dalam satu hadis yang mana Allah telah berfirman:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)
2 bulan sebelum perjalanan kami, tidak putus-putus kami berdoa, memohon kepada Allah, semoga memberkati dan merahmati perjalanan kami. Permudahkan urusan kami untuk ke sana, dan semasa di sana hingga semuanya selesai dan kami selamat pulang. Berikan kami bantuan di saat kami dalam kesulitan dan beri kami petunjuk di saat kami dalam kesesatan. Lindungilah kami dari orang-orang yang ingin menipu kami, dan berniat jahat terhadap kami. Dan untuk kali terakhir, semasa dalam train perjalanan dari padang besar ke hatyai, suami saya berdoa lagi meminta perkara yang sama. Allah... berdebarnya hati kami masa ni. 
Selesai berdoa, kami berbual lagi, berbincang tentang perancangan kami semasa di sana nanti. Tiba-tiba kami ditegur oleh seorang pak cik berbangsa cina, dia bertanyakan kami mahu kemana. saya diam sahaja, menyerahkan pada suami untuk menjawab. Suami saya jawab, kami mahu ke Songkhla, pak cik tu tanya lagi, Songkhla mahu ke mana, akhirnya suami saya menjawab, kami mahu pergi nikah. Pak cik tu suruh kami senyap sedikit, perlahankan suara, masa tu kami tak faham kenapa. Terus pak cik tu tawarkan diri untuk bawa kami ke sana. Kami tanya berapa kos dia tak nak cakap. Kami dah risau. Takut-takut mahal, tak cukup budget. Suami saya tanya, siapa nama dia, dia jawab, nama saya Ah Meng. Masa tu kami sama-sama dah senyum. Dalam masa yang sama, pasangan abang dan kakak (abang S dan kakak Y) yang kami jumpa di padang besar tadi menghampiri kami. Rupa-rupanya mereka dah kenal dengan Ah Meng dan meminta bantuan Ah Meng juga sebab mereka juga ada hal yang nak di uruskan di Konsulat Malaysia. Dan mereka meyakinkan kami, jangan risau dengan Ah Meng, dia baik, tak tipu orang. Masa tu saya rasa kalut sikit, sebab masing-masing bercakap, tapi kena kawal suara tak boleh cakap kuat sangat, saya diam saja, saya serahkan pada suami untuk buat keputusan. Suami saya tanya lagi pada Ah Meng, berapa kos yang dikenakan, dan dengan jujur dia kata kami tak ada duit, kami student lagi. Ah Meng jawab, cuma RM 800 sahaja untuk semua proses ke pejabat agama islam untuk bernikah, proses mendapatkan pengesahan di konsulat, hotel satu malam di songkhla dan kenderaan.
Suami saya terus setuju. Sebab kami tahu kos untuk nikah di pejabat agama islam songkhla adalah RM 450, kos di konsulat Malaysia RM 50, cuma yang kami tak pasti adalah kos kenderaan dan hotel. Jadi bila Ah Meng offer kami RM 800 untuk semua tu, kami terus setuju. Sebab kami fikir, kos kenderaan sudah termasuk sekali dan hotel di songkhla. Kalau kami sendiri yang handle, cari transport sendiri belum tentu dapat harga macam tu, di tambah kemungkinan kena tipu. 
oh ye, tadi saya ada cakap, yang masa Ah Meng tahu kami nak pergi nikah, dia suruh kami perlahankan suara.. sebenarnya, masa Ah Meng tegur kami, masa tu train tu dah nak sampai di stesen hatyai, bila sampai je train tu, agent-agent lain dari hatyai akan berpusu-pusu masuk dalam train sebab nak cari customer. Jadi, Ah Meng suruh kami perlahankan suara sebab tak nak agent-agent tu dengar. Sebab kalau agent-agent tu tahu. dia akan kejar kami jugak. Dan rata-rata mereka kenakan kos yang lebih tinggi dari Ah Meng. Jadi kami dah pernah baca pengalaman orang lain yang berurusan dengan Ah Meng dan semuanya puas hati, sebab tu la kami terus setuju untuk berurusan dengan Ah Meng.

berhenti je train, Ah Meng terus bawa kami naik tuk-tuk. Abang S dan Kakak Y pun gerak sama kami jugak. Mereka dah bernikah, tapi ada urusan di Konsulat Malaysia, jadi Ah Meng hantar Abang S dan Kakak Y ke tempat teksi kawan Ah Meng dulu, sebab Ah Meng terus nak hantar saya dan suami ke tempat nikah. Untuk makluman, tempat nikah dan tempat pengesahan konsulat Malaysia tu di tempat yang berlainan ye. Jadi sebab tu la kami dan Abang S,Kakak Y terpaksa naik kenderaan berbeza. Ah Meng pulak nak cepat, sebab nak bawa kami ke tempat nikah dahulu.

saya sambung apa jadi seterusnya, di tempat kami bernikah dalam entry seterusnya.. part 3.

wassalam 


4 comments:

Unknown said...

Salam.Boleh sya dptkan no ah meng?

oyabUn cien said...

boleh dpat kan ni ah meng tak ?

Unknown said...

Sesiapa yang berniat untuk bernikah di Selatan thailand boleh email saya hazniza6989@gmail.com @ boleh chat sy di wechat azanatasha55_ saya boleh bawak sesiapa yg ingin nikah di sana dengan Ah meng.Saya mmg kena rapat dengn Ah meng.

Anonymous said...

boleh dapatkn no ah memg ? tq