Saturday, 20 September 2014

[PART 1] PERANCANGAN UNTUK BERNIKAH DI THAILAND


Assalamualaikum...

pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana harapan untuk berkongsi pengalaman saya dan pasangan bernikah di Thailand akhirnya tercapai. Banyak cerita yang ingin saya kongsikan bersama pembaca tentang pengalaman kami sendiri ke sana dengan tujuan untuk bernikah. Semasa di sana lagi, sudah saya minta izin dari suami saya untuk saya menulis pengalaman kami di blog untuk dikongsi kan bersama orang lain. Kerana apa yang kami lalui tidak terlangkau oleh fikiran kami yang akhirnya membuat bibir kami tidak henti-henti mengucap syukur kepada Allah.


kami berkenalan di IPT, dan sehingga kini kami masih lagi bergelar student. Sejak dari awal perkenalan lagi, sudah suami saya katakan yang hubungan ini bukan mainan, jika ada jodoh dan kami serasi, dia mahu kami berkahwin. Setelah hampir dua tahun, kami mendapat keyakinan untuk memperkukuh hubungan kami dengan cara yang halal dan diredhai Allah. Kami meminta izin dari ke dua ibu bapa kami, tapi mereka tidak setuju. Mereka mahu kami menghabiskan pembelajaran kami dahulu. Apa yang menjadi masalah kepada kami ialah kami tidak sanggup lagi untuk menanggung dosa yang semakin bertambah, kalau nak tunggu habis belajar yang memakan masa lagi 2 tahun, sempat kah kami berkahwin? sedang tanda-tanda kiamat sudah hampir lengkap. Dalam masa yang sama, perkenalan saya dan suami semasa itu, membuat saya banyak berubah ke arah yang jauh lebih baik dari sebelum itu. Tudung saya semakin labuh dan aurat saya semakin tertutup sempurna. Semuanya saya rasa sudah lengkap. Tapi dalam hati saya, saya berasa malu dengan diri saya sendiri, sebab walau di luar saya nampak sudah sempurna, tapi ada satu dosa yang saya masih lakukan. Bercinta dengan lelaki yang belum menjadi suami saya. Memang terlalu jarang kami berjumpa di kampus sebab kami tidak mahu dosa yang lebih besar. Tetapi, hari-hari kami berbual di telefon, berwhatsapp, meluahkan rasa cinta dan sayang, cukup untuk saya berasa sangat berdosa. Dan malu dengan diri sendiri yang seolah-olah tidak sesuai dengan penampilan muslimah saya.


sebenarnya banyak kali dia mengajak saya untuk bernikah di thailand, tapi saya pula yang tak setuju. Sebab saya sedih memikirkan ibu ayah saya jika mereka tahu saya berkahwin di sana tanpa pengetahuan mereka. Dan saya tidak sanggup untuk membelakangkan mereka dalam hal perkahwinan saya. Tapi, satu hari, suami saya mengajak saya lagi untuk bernikah di thailand. Jawapan saya tetap sama, tidak. Saya tak sanggup. Tapi dia meyakinkan saya, katanya... ibu ayah memang orang yang melahirkan dan membesarkan kita. tapi mereka bukan pencipta, pemilik nyawa kita. sekarang ni, kita berdosa dengan Allah, tuhan kita, pencipta dan pemilik nyawa ini. Tidak ada isu membelakangkan ibu ayah atau siapa-siapa. Sebab dalam hidup ini, turutan kita sebagai anak adalah Allah, Rasullullah, Ibu,Ibu,Ibu, Ayah. Jadi siapa yang pertama yang patut kita dahulukan sekarang ni??




Saya pun terdiam dan berfikir tentang kebenaran kata-katanya. Saya memohon keyakinan dari Allah. Tidak lama selepas itu, saya setuju dengan rancangan dia dan kami pun mula buat research dan mengumpul duit. Hanya satu blog yang menjadi panduan kami, iaitu http://nikahhatyaisiam.blogspot.com/ . Dalam kami membuat research, kami dapati harga agent yang ditawarkan adalah terlalu tinggi untuk kami yang masih belajar. Paling rendah yang kami jumpa di internet pun, Rm 1500, tidak termasuk kos pengangkutan pergi dan balik. Hampir 2 bulan kami buat research dan baca semua komen-komen di blog nikahhatyaisiam. Yang rata-ratanya pergi ke sana sendiri tanpa menggunakan agent, dan ternyata kos nya jauh lebih rendah.

Dalam dua bulan kami mengumpul duit, kami berjaya mengumpul Rm 1400. Mengikut pengalaman orang-orang yang kami baca di blog tersebut, budget yang kami ada hanya cukup-cukup atau tidak cukup. Sebab di sana tidak ada apa yang pasti. Semuanya ikut nasib. Kalau untung, untunglah, dapat transport ok, makan tempat murah, hotel pon ok. Kalau tak, memang tak cukup la budget, kena ketuk dengan tuk-tuk dan tempat makan di sana.


Akhirnya, budget pun dah cukup, research pun dah buat, kami pun menetapkan tarikh untuk ke sana. Saya akan cerita kan dalam next entry, Part 2.


Wassalam



14 comments:

Unknown said...

Salam,

Tahniah saya ucapkan. Dan terima kasih juga kerana sudi berkongsi pengalaman Puan dan Suami ke sana. Semoga pernikahan Puan dan Suami diberkati Allah swt sehingga ke Jannah....

Unknown said...

wslm.. terima kasih atas doanya juga.. insyaAllah :)

Unknown said...

Assalamualaikum.saya tertarik dengan perkongsian ini..boleh saya dpatkan no puan untuk maklumat lanjut?

Unknown said...

Assalamualaikum..saya tertarik dengan perkongsian ini..kalau xkeberatan boleh saya dapat kan no phone puan?

Unknown said...

wslm.. kalau ade pertanyaan boleh tnye di ruangan komen ni sj, supaya apa yg di tanya dn jwpn yg sy beri dpt juga memberi manfaat pd pembaca yg lain..kalau ade pertanyaan yg rasanya terlalu privasi, boleh email sy di ainulmardhiah351@gmail.com

Anonymous said...

salam.
bagusnya perkongsian ini. sgt bermanfaat

saya juga nikah di songkhla bln 10 2014 yg lalu

alhamdulillah sedang bulan madu skrg

-mad putrajaya

Unknown said...

saya baru melangsungkan pernikahan pada 21 april 2015 tanpa guna khidmat ejen . boleh refer blog saya untuk tahu ara menikah di thai .

http://naqiumi.blogspot.com/

Unknown said...

Saya telah setahun bernikah di sana. Alhamdulillah dgn niat yg baik insyaAllah semua dipermudahkan Allah .

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam blh x sye nk btnya sdikit..sya pn mrancang utk bkahwin ke cna

PuteriPutihDebunga said...

Siapa yg g nikah thai 14-15sept 2016 ni? Siapa nak join? Jom g sesama..email sy ye. nurhidayahazizan81@gmail.com

Unknown said...

Assalamualaikum.. (Nikah kos rendah) promosi awal tahun.
2 slot kosong untuk bulan Januari 2017 :-
(04/01/2017) Rabu dan (17/01/2017) selasa, 2hari 1 malam.
* tarikh / bulan lain pun bole.. kita bole aturkan
Bertolak dari KL.. segala urusan Nikah sya aturkan..
kos : urusan nikah + hotel + transport(KL - Thai - KL)
TIDAK TERMASUK MAKAN dan SHOPPING
Whatspp @ Call 01116284272 (zu).
Nak booking atau tanya soalan pun bole.. kongsi ilmu dan pengalaman.
Terima kasih semua.

lisatina said...

Untuk yang lagi galau, yang lagi bosan tidak tahu mau ngapain,
tenang,,sekarang ada yang akan menghibur kalian sekaligus
mengisi hari-hari kalian dengan games" online yang pastinya tidak akan
mengecewakan kalian deh...

yuk ikutan gabung bersama Pesonavip.com
Dapatkan Bonus Rollingan TO Sebesar 0,3 - 0.5% / Hari
Bonus Referral Sebesar 20% Seumur Hidup

* Minimal deposit hanya Rp 20.000
* Minimal tarik dana Rp 20.000
* Dilayani oleh CS profesional dan ramah
* 24 jam online
* Proses Depo & WD super cepat
* No ROBOT MURNI PLAYER VS PLAYER
* kamu berkesempatan menangkan Jackpot setiap harinya.

Info lebih lanjut silahkan hubungi CS 24 Online Setiap hari melalui :

* PIN BBM : pesonaqq
* WA : +85587984700

Link Alternatif : Pesonavip.com

Salam Sukses Pesonaqq.com

Unknown said...

Adakah berkahwin di sana puan membawa wali sebelah puan? Atau hanya puan berdua bersama pasangan pergi menikah di sana?