seperti saya katakan dalam entry lepas, kali ni saya akan conclude perjalanan saya untuk lebih mudah pembaca fahami.
pertama sekali, ingin saya katakan di sini, membuat keputusan untuk bernikah bukan lah satu perkara yang mudah. ia melibatkan diri anda sendiri, pasangan, kedua belah ibu bapa, dan seluruh ahli keluarga. sebelum membuat keputusan, pastikan orang yang anda nak nikahi itu, betul-betul anda rasa sudah yakin dan cukup bersedia untuk menjadi suami atau isteri. Pastikan anda dan pasangan cukup bersedia dan tahu tentang tanggungjawab anda selepas bernikah. pernikahan bukan sekadar untuk melepaskan fitrah nafsu, tapi ia nya lebih kepada soal tanggungjawab yang perlu dipikul pada masa akan datang. kalau anda masih tidak pasti, tanya pada Allah, dan minta keyakinan itu dari Allah. buat solat istikharah, dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan beri keyakinan dalam hati anda dan pasangan jika keputusan yang anda ingin lakukan itu betul dan diredhai Allah.
kedua, pastikan sebelum anda buat keputusan untuk nikah di thailand, anda sudah berbincang dahulu dan meminta izin dengan keluarga untuk bernikah secara normal di Malaysia, tak kira lah nikah gantung/khitbah - bahasa arab atau nikah buat majlis macam biasa. tapi pastikan anda tanya dulu. kalau lepas berbincang, dan cubaan memujuk tidak berjaya, baru lah keputusan untuk bernikah di thailand, menjadi jalan terakhir. seperti kebanyakkan ramai orang yang saya baca pengalaman nya, rata-ratanya yang nikah di sana ialah student, yang mana kita tau, ramai pasangan yang bertemu jodoh ketika di IPT, tapi bila nak nikah parents tak bagi pulak, mereka suruh habiskan belajar dulu, kumpul duit baru kahwin, nak nikah gantung pun tak bagi. jadi rata-ratanya memilih jalan untuk bernikah rahsia dahulu di thailand, dan tidak daftarkan di Malaysia, dan bila tiba masa nya, kahwin lagi sekali macam biasa di hadapan semua ahli keluarga pula.
info nikah khitbah :
Nikah Gantung bermaksud pernikahan diantara pasangan pengantin yang tidak duduk serumah dalam satu - satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua - dua belah pihak . Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan .
more info >> http://farah-shahirah.blogspot.com/2013/09/hukum-nikah-gantung-uai.html
Pernikahan kali kedua tu tak sah dalam Islam, sebab yang sah dalam Islam adalah pernikahan pertama anda di songkhla. Tapi pernikahan kali kedua di Malaysia hanyalah untuk mencukupkan syarat undang-undang di Malaysia dan memudahkan anda untuk mendaftarkan perkahwinan.
ketiga, tentang budget. tentang kos ni depends pada anda la. tapi biasanya student ni tak ada duit sangat kan, jadi di sini saya list kan anggaran kos kami sepanjang perjalan kami ke sana pergi dan balik.
- Tiket train 2 orang (pergi dan balik) KL Sentral - Hatyai - KL Sentral = RM 216 - Katil atas
- Makan = RM 100
- Ah Meng = RM 800
Termasuk:
* Nikah di pejabat agama Islam Songkhla = RM 450
* Konsulat Malaysia = RM 50
* Hotel di Songkhla = RM 50
* Tuk-tuk & Upah Ah Meng = RM 250
Hatyai - Pejabat Agama Islam Songkhla - Konsulat - Hotel - Konsulat - Hatyai
niat saya da suami kongsi pengalaman kami bernikah di sana bukan untuk menggalakkan pasangan lain buat perkara yang sama ya, niat kami untuk bercerita tentang pengalaman kami,dan berkongsi tentang jalan mudah yang Allah beri pada kami di sepanjang perjalanan kami di sana. Kami tidak ada ambil sedikit untung pun dari cerita kami, melainkan membalas jasa Ah Meng, dengan promote dia kepada orang lain, supaya kalau ada pasangan yang ingin ke sana nanti boleh la mendapat khidmat Ah Meng.
jadi saya rasa, cukup setakat ini perkongsian saya bersama suami bernikah di songkhla thailand demi untuk menghalalkan hubungan kami dan mendapat keredhaan Allah S.W.T,lepas ni usaha kami adalah untuk sama-sama kumpul duit untuk buat majlis macam biasa untuk menggembirakan hati ibu ayah kami pula. apa pun, banyak-banyak la berdoa pada Allah meminta pertolongan dan petunjuk dariNya dalam setiap apa jua keputusan dan langkah yang ingin kita lakukan. Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanNya. Dan percayalah, yakin lah dengan bantuan Allah yang akan tiba di saat kita tidak terjangka akan masanya.
alhamdulillah, terima kasih ya Allah, kerana Engkau telah lindungkan kami dari salah satu dosa besar yang hanya akan membuat kami mendapat kemurkaanMu. sekarang, kami berdua bahagia dan hati kami sangat lega, sebab kami dapat rasa yang Allah telah meredhai kami.
untuk apa-apa pertanyaan, boleh tinggalkan komen di mana-mana entry, insyaAllah saya akan balas nanti.
terima kasih.
wassalam.
APA2 PERTANYAAN, DIRECT EMAIL SY. NO NEED WHATSAPP OR ANY INVITATION. INSYAALLAH,SY AKAN REPLY CPT JIKA GUNA EMAIL.
ainulmardhiah351@gmail.com
- Hotel Lee Garden di Hatyai = RM 59.90
- Cenderahati = RM 50
TOTAL = RM 1,226.00
see.. budget kami pada awal nya RM 1,400. tapi kami ada balance lagi, boleh buat makan-makan dalam train dan beli cenderahati banyak sikit..
sebelum tu saya nak ingatkan, tukar duit di masa di hatyai, sebab pengalaman kami tukar duit di KL Sentral sangat rugi, masa tu kami tukar sebelum gerak, kami tukar RM 1100 duit Malaysia, dan kami cuma dapat 10 080 Baht sahaja. Bermakna, kami dapat RM 1080 sahaja, pengurup ambil RM 20! banyak tu.. masa balik kami tukar duit balance Baht kami dengan mak cik yang ada dalam train dari hatyai ke padang besar, mak cik tu pakai tudung, dan dia cleaner gerabak ktmb tu. tukar dengan dia 1010 Baht, dan kami dapat RM 100! 10 Baht = RM 1, means mak cik tu cuma ambil RM 1 je! so, moral of the story, jangan tukar kat malaysia, tukar kat mak cik tu je.
kalau nak ke sana, nak senang dan puas hati,guna lah khidmat Ah Meng, sebab dia akan guide anda sampai semuanya selesai dan tentang kos boleh di bincang.sangat senang. dan Ah Meng pun boleh tolong ambilkan gambar dan video masa nikah sekali.. include pakej.. hehehe. Ah Meng tu pak cik ya, umur dalam 50-an cam tu lah.. rambut botak.nanti saya sertakan gambar :)
haaa... tu la dia Ah Meng yang banyak membantu kami di sepanjang perjalanan kami untuk bernikah di sana. kalau nak berurusan dengan dia, contact dia awal-awal dan pastikan anda call, jangan message, dia tak faham, dan Ah Meng tak ada whatsapp.. kalau ustaz ismail ada.. hehehe. kalau nak tanya apa-apa pasal pernikahan ke apa, boleh la tanya dengan Ustaz Ismail, Ustaz Ismail pun baik sangat menjawab semua pertanyaan saya, saya whatsapp je dengan dia, dia boleh taip bahasa melayu, tapi pelat-pelat sikit lah, tapi tak apa, yang penting dia faham, tapi kalau nak senang, sama-sama faham, call je.
contact no:
Ah Meng - +66894668841
Ustaz Ismail - +66872888963